Thursday, September 10, 2009

Skim Penanaman Kontrak



Bagi mengembangkan sumber bekalan pisang, kami juga mengwujudkan skim penanaman secara kontrak dimana kami membeli balik pisang yang dihasilkan secara tetap. Bagi menjayakan skim ini, kerjasama rapat diantara kedua pihak amat lah perlu.


Kriteria utama bagi menyertai skim ini adalah keupayaan pengusaha mengusahakan sendiri tanaman tersebut. Pihak kami akan membantu didalam mengenalpasti lokasi yang sesuai, membantu mendapatkan input tanaman seperti anak benih, baja dan juga racun.

Pengusaha mendapat bekalan input daripada syarikat-syarikat yang telah dikenalpasti oleh kami. Ini bagi memastikan mereka memperolehi bekalan yang berkualiti dengan harga pasaran, kalau pun tidak lagi murah. Kami mengamalkan konsep keuntungan diperolehi selepas penuaian dan bukannya mengambil untung atas angin bagi bekalan input.
Pengusaha dikehendaki menguruskan tanaman mereka mengikut garis panduan (standard operating prosedure) yang telah ditetapkan.

Harga belian boleh ditentukan dan dipersetujui sebelum penanaman bermula ataupun berdasarkan kepada formula tertentu mengikut harga pasaran semasa. Walauapapun kaedah yang digunakan bagi menentukan harga belian, kami percaya ianya hendaklah memberikan keuntungan kepada kedua pihak bagi menjamin sustainability projek penanaman tersebut.

Sekiranya anda termasuk didalam salah satu kategori dibawah, hubungilah kami untuk maklumat lanjut:-
1) Tuan Tanah dengan Modal
2) Tuan Tanah tanpa Modal
3) Tiada Tanah tetapi ada Modal
4) Tiada Tanah tetapi hanya Bermodalkan Tenaga / Kepandaian

Selamat Berpuasa..

No comments: