Tuesday, September 1, 2009

Penanaman Pisang








Dah lama tak berkesempatan menulis didalam blog ini. Sibuk dengan projek penanaman dan pemprosesan pisang. Disini saya menjemput orang ramai yang berminat didalam pertanian untuk bersama-sama didalam projek pisang ini.

Sehingga kini, kami telah menjalankan skim penanaman kontrak seluas 15 ekar di Beranang, Selangor; 60 ekar di Lanchang, Pahang; dan 30 ekar di Kuala Nerang, Kedah. Mereka ini terdiri daripada individu dan juga syarikat persendirian. Kami kini didalam proses perbincangan untuk meluaskan lagi kawasan penanaman ini di Perlis bagi kawasan seluas 120 ekar dan Kedah seluas 60 ekar.

Pisang adalah komoditi yang amat baik dan berpotensi besar. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pisang, layari lah http://www.unctad.org/infocomm/anglais/banana/sitemap.htm dan saya percaya anda semua akan yakin terhadap potensi tanaman ini.

Selain menanam, kami juga mempunyai kemudahan pemprosesan bagi menghasilkan produk-produk berasaskan pisang. Pusat kami terletak di Jitra, Kedah.

Bagi mereka yang berminat, hubungi kami bagi mengadakan perbincangan awal.. Sekian dulu buat masa ini sehingga ketemu lagi.


1 comment:

isha said...

Assalamuaikum,,sy isha,kami pembekal pisng tisu kulyur, mempunyai pelbagai variety,kami ingin melawat kebun en.Boleh? email ke norisha.abgafur786@gmail.com/0176339705