Saturday, September 5, 2009

Penanaman Komersil

Sekiranya anda bercadang untuk mengusahakan secara komersil, saya syorkan sekurang-kurangnya dapatkan lah manual sebagai panduan. Sebagai contohnya, manual seperti sebelah ini boleh diperolehi daripada laman Queensland Department of Primary Industries (DPI), Australia. Ianya merangkumi topik-topik yang menarik.
Selain daripada ilmu teknikal mengenai penanaman, perancangan adalah kunci kepada kejayaan. Kita seharusnya merancang terlebih dahulu sebelum memulakan sebelum sebarang aktiviti.
Diantara perancangan yang perlu kita adakan:-
a) Jumlah keluasan tanah yang hendak diusahakan
b) Jenis pisang yang hendak ditanam
c) Harga pasaran semasa dan 6 bulan sebelum ini
d) Senarai prospek yang akan membeli pisang tersebut
e) Jumlah modal yang diperlukan termasuk kontigensi
f) Bantuan teknikal yang boleh didapati
g) Menyenaraikan masalah dan cabaran yang akan dihadapi
Perancangan yang baik dapat membantu kejayaan sesuatu projek / perniagaan. Ianya lebih kritikal dan diperlukan apabila kita bercadang hendak mengusahakan tanaman secara komersil dan bukan sekadar hobi untuk mengisi masa kita.

1 comment:

isha said...

Assalamuaikum,,sy isha,kami pembekal pisng tisu kulyur, mempunyai pelbagai variety,kami ingin melawat kebun en.Boleh? email ke norisha.abgafur786@gmail.com/0176339705